2 ibu tuntut nasib anak dibela

KUALA LUMPUR: "Anak saya kini berusia 11 tahun dan dia sudah sengsara selama 10 tahun akibat mengalami kecacatan otak," kata Rafidah Abdul Rahim, 40.
Rafidah berkata, anaknya mengalami kecacatan otak selepas dihantar ke rumah pengasuh berhampiran rumahnya pada 29 Mei 2007.

RAFIDAH menunjukkan gambar anaknya, Aryanna Mohd Zambri, 11, ketika pada sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Owee Ah Chun

"Namun, saya diberitahu ibu mentua saya, anak saya yang ketika itu berusia dua bulan, mengalami demam panas selepas mengambilnya dari rumah pengasuh.
"Saya bertanya kepada pengasuh dan dia memberitahu anak saya mengalami sawan ketika sedang dimandikan," katanya.
Menurutnya, pada tahun 2010, anaknya masih menerima rawatan di hospital dan dimaklumkan oleh doktor anaknya mengalami kecederaan di bahagian kepala.
"Saya sudah dua kali membuat laporan polis, namun tiada sebarang tindakan diambil dan sehingga kini kes ini sudah 10 tahun berlalu.
"Saya memerlukan pembelaan dan keadilan terhadap anak saya yang kini terpaksa menanggung kesakitan," katanya.
Seorang lagi mangsa, Nur Hidayah Mohd Arbain, 31, berkata beliau turut mengalami nasib sama apabila anaknya mengalami pendarahan otak selepas dihantar ke rumah pengasuh pada 29 Ogos tahun lalu.
"Ketika kejadian, saya mengambil anak dari rumah pengasuh dalam keadaan terbaring dan tidak bernafas, sebelum menghantarnya ke klinik kesihatan.
"Doktor memaklumkan anak mengalami pendarahan otak, saya kemudian membuat laporan polis kerana percaya ada sesuatu berlaku terhadap anak saya," katanya yang mahu pihak berwajib membuka semula siasatan berhubung kecederaan yang menimpa anaknya.
"Sehingga kini saya tidak dihubungi oleh pegawai polis walaupun laporan sudah dibuat, saya ingin menuntut pembelaan dan keadilan terhadap apa yang berlaku ke atas anak saya," katanya.
Sumber : Berita Harian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==