Itu sandiwara - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai tanda protes terhadap pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hanya sekadar sandiwara.

TUN Dr Mahathir Mohamad bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Parlimen bagi Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini. - Foto BERNAMA

Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hanya sekadar sandiwara.
"Itu sandiwara. Apabila bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) keluar, maka sekarang dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar.
"Kerana sebelum ini mereka pertikai (tindakan pembangkang keluar dewan), sekarang mereka bertindak dengan cara yang sama macam mana mereka fikir ia teruk," katanya kepada media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.
Dr Mahathir mengulas tindakan pembangkang keluar dewan ketika sesi pencalonan bekas Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat kesembilan menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pelantikan itu disahkan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan berkenaan.
Terdahulu, ketika sesi pencalonan berlangsung, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bangun memprotes pelantikan itu sambil merujuk Peraturan Mesyuarat, namun proses pelantikan diteruskan.
Ketika berlaku kekecohan, Dr Mahathir tidak menghiraukan protes pembangkang dan terus membaca usul pelantikan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pelantikan Mohamad Ariff dicadangkan Dr Mahathir (PPBM-Langkawi) dan disokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan).
Seramai 221 Ahli Parlimen mengangkat sumpah hari ini kecuali Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pankreas, baru-baru ini.
Menjawab soalan kenapa kerajaan tidak mengikut manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dalam kalangan ahli parlimen, Dr Mahathir berkata manifesto hanya satu panduan untuk diikuti dan bukan kitab yang harus dipatuhi.
"Manifesto bukan kitab, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh buat sesuatu perkara dan ada kalanya tidak, kita kena berfikir secara kritis. Tetapi rakyat tidak mahu orang yang (dilantik) ada kena mengena dengan sesebuah parti," katanya.
Perdana Menteri turut menafikan ada dua surat diserahkan oleh kerajaan dalam pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sebaliknya surat berkenaan disediakan lebih awal dan hanya diletakkan tarikh selepas beliau menandatanganinya.
Sumber : Bharian

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==