Anggota Majlis Tertinggi PKR, peguam Latheefa Koya menasihatkan Dato Seri Najib Razak yang sedang berhadapan dengan kes SRC International supaya berhenti berpura pura seolah olah beliau menjadi mangsa fitnah dan konspirasi.
"Hello Najib, sekarang bukan macam zaman anda dimana anda boleh memilih Peguam Negara yang akan membersihkan nama anda" kata Latheefa lagi.
Latheefa melalui akaun Twitter nya menyelar DS Najib yang berpura pura menjadi mangsa ekoran akuan bersumpah yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu terhadap Peguam Negara Tommy Thomas.
Latheefa berkata bahawa kapasiti Tommy sebagai Peguam Negara dalam kes ini tidak akan mempengaruhi keputusan hakim.
Sumber : Dharian